Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Latar Belakang Syarikat

D Baydura Sdn Bhd

D BAYDURA SDN BHD ditubuhkan pada JUN 2006. Syarikat ini bertapak di No 7 Jalan Camar Taman Perling 81200 Johor Bahru. D BAYDURA SDN BHD menawarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan di mana syarikat kami telah menghasilkan produk yang dibangunkan melalui penyelidikan yang mendalam dan pemantauan teliti terutama dari segi kualiti piawaian untuk kepuasan pelanggan-pelanggan kami. Hari ini D BAYDURA SDN BHD mempunyai pelbagai cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan cawangan di luar negara yang terletak di Indonesia dan Brunei.

D BAYDURA SDN BHD juga mempuyai pasarana global utama dalam arus perdana penjagaan kesihatan semulajadi melalui integrasi dan globalisasi strategik.

Di samping itu, D BAYDURA SDN BHD merupakan pembekal makanan tambahan dan kesihatan yang diiktiraf di rantau ini dengan penggunaan bioteknologi yang moden, pembuatan berdaya saing, penjenamaan bijak dan pemasaran serta pengedaran yang strategik.

Inilah komitmen syarikat dan membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja syarikat milik bumiputera ini semakin maju.

Dengan penuh keyakinan, kami berharap bahawa D BAYDURA SDN BHD akan terus menerima sokongan dan galakan daripada anda semua. Kami juga berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk baru dengan kemajuan era globalisasi.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.