Solan Lazim (FAQ)


Ada Testimoni Tak?

Testimoni produk-produk Isra'Life telah kami himpunkan di laman Testimoni Isra'Life untuk rujukan pelawat. Kami juga telah membukukan testimoni dan anda boleh hubungi stokis berhampiran untuk memilikinya.

Berapa Harga Produk ?

Sila rujuk pautan produk dan klik mana-mana produk. Senarai harga runcit terkini akan dipaparkan di ruangan produk tersebut. Berikut pautan-pautan ke halaman produk-produk berikut:

Tsamarat Extract
Golden Tsamarat
Miracle Essence Foundation
Rayzel Hormone
Lentix Cinnamon Drink
Lentix Miracle Qeulim
DB Cafe

Boleh dikurangkan harga produk ?

Harga produk telah ditetapkan oleh pihak syarikat dan disepakati oleh semua stokis Isra'Life. Anda boleh mendaftar sebagai ahli Isra'Life dan memperoleh manfaat dan kelebihan sebagai ahli Isra'Life termasuk harga yang lebih murah dari pasaran (member price).

Apakah kandungan produk ?

Kesemua produk keluaran Isra'Life diformulasikan dari bahan alami terbaik melalui gabungan makanan sunnah (prophet remedies) dan sumber botanikal yang terbukti membantu meningkatkan tahap kesihatan anda tanpa bahan kimia terlarang dan merbahaya. Gabungan ini dijadikan minuman yang memberi kesan yang memberangsangkan bagi membantu proses badan melawan penyakit.

Kenapa Kesan Berbeza ?

Setiap individu memiliki tubuh badan yang berbeza tahap kesihatannya sama ada kita dapat mengetahui penyakitnya atau tidak sedar akan kewujudannya malah ia berkembang di luar pengetahuan kita. Justeru tahap imuniti dan keseimbangan fungsi sistem badan seperti metabolisma juga akan berbeza. Oleh kerana itu perubahan dan hasil yang dialami oleh setiap individu yang mengambil produk-produk keluaran Isra'Life juga adalah berbeza. Bahkan tempoh perubahan/perawatan juga berbeza. Perubahan dan kesan yang dialami juga berbeza kerana D.O.C (Direction of Cure) dan Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dimana sistem tubuh badan kita bergabung membantu menyingkirkan benda buruk (kuman, bakteria, kecacatan fungsi sel) dari badan dalam tempoh peralihan kepada tahap kesihatan yang lebih baik (detokfikasi).

Dimana Kami Boleh Dapatkan Produk ?

Produk-produk Isra'Life boleh didapati dan dibeli melalui stokis-stokis dan HQ Isra'Life. Senarai stokis-stokis Isra'Life boleh dilihat dengan klik pautan ke laman Stokis-stokis Isra'Life.

Dimana Lokasi Pejabat Besar Isra'Life (HQ) ?

Isra'Life HQ terletak di Johor Bahru, Johor. Berikut alamat lengkap kami:

No 35, Jalan Baiduri 1/1,
Taman Baiduri,
81200 Johor Bahru
Johor Darul Ta'zim

Petunjuk:
- Bersebelahan Taman Perling
- Berhadapan dengan Lebuhraya Sultan Iskandar
- Dari Bandaraya boleh ambil laluan ke Nusajaya, Kota Iskandar, Legoland
- Dari Lebuhraya Pasir Gudang boleh ikut laluan ke Perling dan susur ke sebelah stesen Petronas

Anda boleh merujuk peta lokasi pejabat di pautan aplikasi Google Map berikut Gps Isra'Life Google Map.

Bagimana Untuk Menjadi Ahli Isra'Life ?

Pendaftaran ahli boleh dibuat di mana-mana stokis-stokis kami di seluruh Malaysia. Kami galakkan anda mendaftar dengan stokis yang berhampiran dengan kawasan anda. Senarai stokis seluruh Malaysia boleh didapati di laman Stokis-stokis Isra'Life. Sekiranya anda ada masalah dengan pendaftaran di stokis berhampiran anda, silalah hubungi kami di laman Hubungi Kami.

Apa yang saya dapat apabila menjadi ahli ?

Setiap pendaftaran, ahli akan dibekalkan dengan Kit Permulaan, produk dan buku Perniagaan Isra'Life. Menjadi ahli Isra'Life melayakkan anda membuat belian dengan memilih harga ahli (member price) dan promosi yang diadakan dari masa ke semasa. Anda juga brpeluang menerima ganjaran (Rewards, Special Discount), insentif khairat kematian, komisen dan bonus, menghadiri kelas dan kursus percuma dan berdiskaun serta banyak lagi. Semua kelebihan ini akan dimaklumkan dalam perjumpaan, kursus dan seminar perniagaan bersama Isra'Life.

Bagaimana Menghubungi Isra'Life HQ ?

Maklumat bagaimana anda boleh menghubungi kami telah diberikan di laman Hubungi Kami.

Sudah Diketengahkan Ke Media Berikut:

Promosi & Tawaran


Unggul Membina Bersama Mengubah Kehidupan


No.7, Jalan Camar
Taman Perling,81200 Johor Bahru
+607-2445439
+60197408051

Hakcipta Terpelihara © , D'Baydura Sdn Bhd.

Ke Atas