Latar Belakang Syarikat Tentang Kami


D’ Baydura Sdn Bhd adalah perintis produk-produk kesihatan dan mempunyai rangkaian outlet seluruh malaysia telah beroperasi selama 15 tahun. Kami mempunyai rangkaian makmal yang menjalankan penyelidikan (R&D) serta menghasilkan formulasi produk untuk keperluan pasaran. D’ Baydura Sdn Bhd mempunyai rangkaian produk merangkumi produk kecantikan wanita dan kesihatan umum. Formulasi produk yang hebat dan berkualiti tinggi membuatkan produk unggul di pasaran dan mempunyai ribuan testimoni. Kami mempunyai 10 pusat khidmat pelanggan di seluruh Malaysia.

Kini D’ Baydura Sdn Bhd telah mengorak langkah meluaskan empayar ke dunia pemasaran tanpa batasan (NETWORKING). ISRA’ LIFE adalah satu madah perniagaan jualan langsung dalam memperjuangkan produk-produk muslim kepada pengguna dan ke pasaran global. Perjuangan di dalam ISRA’LIFE dikira sebagai satu cabang jihad dalam merubah persepsi kehidupan masyarakat ke arah lebih berjaya, gemilang dan terbilang. Dengan pelan pemasaran yang adil dan saksama, semua mampu meraih peluang pendapatan yg luar biasa.

Matlamat penubuhan D Baydura Manufacturing Sdn Bhd ialah untuk mengawal kualiti dan penghasilan produk-produk. Bermula dari proses kajian, penghasilan bahan mentah, sehingga proses penghasilan, pemeriksaan kualiti dan penghantaran stok, semua proses itu adalah dikawal secara ketat dan sepenuhnya supaya mencapai standard kawalan yang paling sempurna.

D Baydura Sdn Bhd merupakan kilang penghasilan herba yang berteknologi tinggi. Pengunaakan "kaedah pengekstrakan 2 fasa" yang moden telah di kawal sepenuhnya dengan komputer dari segi kawalan masa, suhu dan seluruh proses penghasilan. cara ini dapat mengelakkan kelalaian manusia dan pencemaran microorganisma supaya mencapai kemahiran professional yang berkualiti tinggi.

Sudah Diketengahkan Ke Media Berikut:

Promosi & Tawaran


Unggul Membina Bersama Mengubah Kehidupan


No.7, Jalan Camar
Taman Perling,81200 Johor Bahru
+607-2445439
+60197408051

Hakcipta Terpelihara © , D'Baydura Sdn Bhd.

Ke Atas